Monday 28 November 2011

uji minda sket


hai eberibady....
ha meh singgah sat nooo!!
nak wat pe..
ada la story mory sket...
korang BIJAK tak?
kalo BIJAK sila jawab persoalan nie..
Albert Einstein menyusun teka teki ini pada abad yang lalu.
Dia menyatakan, 98% penduduk di dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini.
Apakah anda termasuk yang 2%?


Inilah teka-teki itu:
Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.
Setiap rumah dihuni satu orang lelaki dengan kebangsaan yang berbeza-beza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok satu tanda rokok tertentu dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.
Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok jenama rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.
 
Persoalannya: Siapakan yang memelihara IKAN?
 
Petunjuk:
Orang Inggeris tinggal di dalam rumah berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing.
Orang Denmark senang minum teh.
Rumah berwarna hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah berwarna hijau senang minum kopi.
Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah senang minum susu.
Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
Orang Norway tinggal di rumah paling pertama.
Orang yang merokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing.
Orang yang memelihara kuda tinggal di sebelah orang yang merokok Dunhill.
Orang yang merokok Winfield senang minum bir.
Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
Orang Jerman merokok Rothmans.
Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

p/s : sape dpt taw,mmg power rangers la kn..hahahaha TERBAIK!!
cuba korang fikir??

1 comment:

Putry said...

sy termasuk dr 2% ...terim kasihhhhh